Tuesday, February 23, 2010

Satu Malaysia, DIA yang satu

satu ungkapan
satu harapan
satu wawasan
satu impian

satu wajah
satu pasrah
satu usrah

satu nama
satu cinta
satu rasa

bergema di hujung benua
berusaha untuk berjaya
menggapai cita
mencipta bahagia

meski kita

beza nusa
beza cinta
beza rasa

banyak ragam
banyak resam
banyak asam

lain jalan
lain sampan
lain ingat
lain matlamat
lain semangat

mustahil
atau
barangkali

satu dalam beza
satu dalam banyak
satu dalam lain

kerana
tiada yang mustahil
tiada yang barangkali

kalau kita
mengenali Dia yang satu

6 comments:

Jankaulu said...

sajak ni ada unsur kenegaraan dan agama sekali gus.

perkataan berulang digunakan dgn cantik mewakili penegasan penulis,

walaupun digunakan bahasa yg mudah tema yg dibawa adalah serius dan menepati kehendak semasa...

sekian.

uj said...

terima kasih...nampaknya sir kita bertenaga semula kan... terus mengkritik untuk membina ...

r.o.l. said...

Apa kahabar, unclejoe? Terima kasih kerana menziarahi saya tempoh hari.

Teruskan berkarya dan menulis. Kemahiran harus diasah, jarang sekali seseorang itu mencapai kemahiran tinggi tanpa usaha yang berterusan dan berpanjangan.

Namun, hati-hati. Seorang editor pernah menasihati saya, jangan letakkan karya sepenuhnya di dalam blog, kecuali yang sudah pernah terbit di akhbar atau sebagainya. Dibimbangi nanti ada orang lain ciplak, masuk akhbar dan ambil duitnya/royaltinya sedangkan itu karya kita.

Teruskan usaha. Saya syor unclejoe rujuk blog serta buku Puan Nisah Haron tentang hakcipta, beliau lebih arif.

uj said...

alhamdulillah.. sihat walafiat.. cuma rase selalu gemuruh tetapi teruja kerana menanti anak sulong UJ. owhh terima kasih atas nasihat dan peringatan tu...a'a UJ pernah juga bace tentang itu...terima kasih ... r.o.l. terus juga menulis .. your english posting excites and drives me to glue on it.... reading word by word...hehhehe
salam ukhuwwah

Muhammad Nazrin said...

salam.
satu idea yang bernas untuk menjadikan 1Malaysia itu satu kejayaan berlandaskan agama Allah.Tahniah.
saya begitu tertarik dengan sajak ni.mendukung cita2 1Malaysia itu sendiri.
saya juga cuba terbitkan talian persaudaraan melalui blog SAUDARA bersama rakan lain.
insyaAllah.

uj said...

TERIMA KASIH NAZRIN...sama sama perjuangkan haq di landasan yang haq juga... insyaallah... selamat berkarya...dan selamat study juga ok...