Tuesday, February 23, 2010

di balkoni ini

di balkoni ini
di apartment ini
bersama wireless low signal
memetik jari
menghitung hari
cuba mencari
cuba menjadi
sambil menyaksi

menebus waktu
ketika dulu-dulu
sayu, hiba dan pilu

mungkinkah esok
terus larut
dalam takut
kota hiruk-pikuk

atau terang
disimbah cahaya bulan
dalam malam
masih temu jalan
menuju hari depan

5 comments:

Afida Anuar said...

Tu dia, sekali update blog...dah la ada 2 blog!! bravo!!

uj said...

hehehehe, sesekali idea datang mencurah-curah sesekali kering tandus kontang tidak terucap..

Jankaulu said...

yang dalam-dalam tu sukar nak ucap...sehinggalah jeritan mahu keluar tu ketara. dari desakan rasa yang kuat lahirlah puisi hebat...

tahniah

Jankaulu said...

pemilihan suku kata akhir yang berirama akan menyedapkan bunyi apabila sajak ini dibaca...

uj said...

terima kasih lagi kerana menjenguk dan memberi komen....sir sukiman... camana sekarang yer? hmmm komen tu banyak membina... dan mengulas... sbb org yang menghasilkannya kekadang tak tahu nak jelaskan apa maksud disebalik ungkapan yang dicoret...