Sunday, June 6, 2010

camar yang terbang


seekor camar,

singgah di birai kaca

terbang sendiri

ke dahan mati

di pantai ini

terbang lagi dan terbang lagi


berpaut di ranting tua

tidak bisa jua

rebah, jatuh tersungkur

bangun, bangkit, tetap bertenaga

terbang lagi dan terbang lagi


sang camar ini

tidak pandai menyulap mata

kerana tiada daya upaya

bukan lemah segala anggota

tapi hati, kondisi diri tahu segalanya

jujur ikhlas itu lah senjata

tetap boleh terbang lagi

dan terbang lagi


sang camar ini

bukan merak di rimba

cantik dipuja, namun tidak mampu ke udara

bukan tiung di sangkar

asyik bertanya khabar, tapi tidak faham erti sebenar

bukan jemawa menongkat langit

kerana sinar sekadar lelatu di siang hari

perciknya tidak semersik

sang tiung, unggas berkicau riang

lenggoknya tidak seindah

sang merak, burung kayangan

namun bisa terbang lagi

dan terbang lagi


kerana

ia sang camar

yang mampu terbang lagi

dan terbang lagi

meski menopek hati sendiri

sungguh disergah limbubu senja

masih tahu daksina hidup ini

walau kelam kapangan dinihari

yakin mengerti paksina jiwa ini

dan tetap terbang

dan terbang lagi hingga ke hujung dunia

hmmm aku sendiri tak faham...

9 comments:

sal said...

uncle..cantik sajak..

Afida Anuar said...

Woww...dan wowww....

UJ..makin mantap bait2 puisi uj

kata2 paksina..daksina... fida tak pernah dengar erkkk..nak kene belek kamus dewan ni..hehe

Idalara said...

salam kenal..
indahnya puisi2 di sini
menggambarkan jiwa halus seorg lelaki..

sekali singgah terkesima..

sukiman said...

puisi ini indah, dan lebih indah jika dibaca. bunyinya berirama...cuba baca kalau tak caya...

AFIQ DLM? said...

best~


macam kena ngan jiwa saya.


terus saya teringat kat lagu 'segenggam tabah' by Inteam.

sbb lagu tu ade cakap pasal camar. boleh kot puisi ni dibuat sebagai sambungan cerita 'camar' dalam lagu segenggam tabah tu.

hehe =)

shameel Iskandar said...

puisi yg puitis. Menarik sekali dan mendalam sekali maknanyA

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

Ibnu Jamaluddin said...

Saya turut sukar untuk menafsir makna-makna di sebalik gubahan kata-kata ini...

Banyak maksud yang tersurat apatah lagi tersulit...

HuSnANoOrHaMdAn said...

I'm speechless..Terkesima bila bc sajak2 ni..xfhm satu hal..na imagine Mr JOe yg pernah jd my english lecturer ni buat sajak melayu amatlah diluar kOtak fikiran..(maybe cOz i'm an english student n nOt very gOod in creating such a beautiful malay pOem like u did)..cOngrats n insya-Allah penapis A.Samad Said n Usman Awang da semakin terserlah saat ni..biiznillah..whatever it is,u r still my fav lecturer ever..=)