Wednesday, May 19, 2010

impian

selayang pandang, tiada apa-apa
hanya untuk suka-suka
bukan boleh bawa kemana-mana
itu sinis mereka

tapi aku,
lain di kepala, lain di minda, teringin juga
ini ruang, ini peluang, ini kesempatan
nukilan ilham, khayalan perasaan
apa dirasa, hati curiga
mata membaca, cerita lama

benar,
tidak silap,
betul,

sungguh teruja, semacam beriya
seusainya, ketara
bukan sia-sia
walaupun saja-saja
barangkali
langkah pertama, luar sedar
telah ku mula...

:-) sempena cerpoi duit tuh...ahakss

6 comments:

Afida Anuar said...

uishh tersirat sungguh bait2 ni, sampai tak boleh nak teka apa dia itu, hehe

qamarguyz said...

salam ziarah..
yer..langkah pertama kita mulakan..
biar apa mereka kata, biar apa dia berdusta..hati & minda cuma milik kita!

uj said...

fida - dah agak dah... tepat plak .. org pertama komen... huhuhuh

nganjing nggoh r...ehehhe :-)

azrai - salam ziarah juga... kalo nak peduli orang kata sampai bile2 pn tak kemana..mungkin juga tak berada di mana kita berada sekarang...

si para para said...

teruskan...hehe semoga berjaya apa yg di cuba..

MF said...

Salam ziarah uncle..

Langkahan pertama yg besar.. =)

Uncle dh melangkah jauh dh sebenarnya.. huhu.. tp pasti, destinasinya lagi2lah amat jauh..

Teruskan melangkah,
Walaupun ia xmudah,
Biarpun langkahannya kecil atau tidak gagah,
Asalkan kau terus melangkah.

Ke hadapan. . .

uj said...

salam ziarah kembali SoA - terima kasih...heheheh insyaAllah akan terus melangkah ke hadapan dan bukan ke belakang kembali... namun sesekali UJ fikir nak toleh juga kebelakang sesekali kerana memori yang ditinggal kan menunjuk jalan untuk melangkah ke hadapan...:-)

si para-para - insyAllah... terima kasih banyak banyak...