Mac 2009
sesekali tertanya di tangkai hati
kenapa agak lewat seusia ini
namun ditempis, sebab belum rezeki
al-maklum lah, dunia kini
merisik dia, mencermin diri
tidak mahu takut tidak jadi
tetapi hati sering mencari-cari
rupanya apa yang dicari,
bukan di sana tetapi di depan sini
lalu persiapan dibuat sejak Januari
akad dilafaz, janji dimaterai
ku turuti adat kerana agama
agar cintakan nusa tidak lebih daripadaNya
Dia yang memungkinkan segala-galanya
kami bertatih membina cinta
kerana tika ini baru bermula
melalui hidup suka dan duka
namun sudah ada, rasa bahagia
Mac 2010
mungkin cinta belum sempurna
kerana bahagia hanya berkongsi dua
rezeki dulu terus teruja
membina mahligai melayari bahtera
syukur jiwa tersenyum ceria
nikmat cinta laba dunia
bukan kerja yang sia-sia
kerana usaha tangga jaya
bukti cinta dulu di depan mata
sungguh bahagia tidak terkata
tidak lagi berdua, ada orang ketiga
Nur Maisarah Aqila empunya nama..
selepas baca balik puisi ni, UJ tergelak sendiri
Friday, April 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Jiwangnyerr UJ...hehe.. suke2,pengantin baru lagi la UJ ni..mabrukk!...
jiwang pas kawin tak pe... sunat heheheh
wow sajak kawin...
emmmm
tiba2 wa feeling
hahahhaha
boleh ajarkan?
wooohaaa!!!
>>___<
wah~!
sedap2..
*tak lambat kan kalau ucap tahniah?..
=)
permata hidup + seri rumah..
*rezeki Tuhan..rahmat dan amanah..
adussss...maaf UJ baru terbace komen ni... terima kasih...alhamdulillah doakan bahagia selalu k...
terima kasih
aba - :-)
frodo - hehehe feeling ekkk bende bagus terus kan... hmmm nak ajar apa ekk?
fida - sukiman - :-)))
Post a Comment