Saturday, February 6, 2010

dulu dan kini

dulu
telah kukutip kerikil-kerikil keras
ku bina menara
tinggi
untuk mengintai kasih
di seberang

tiba-tiba
ombak tsunami
datang
tanpa gempa
tiada petanda
runtuh,hancur

namun

kini
aku masih tidak serik
ku bina lagi
menara ini
dari material ruhhi
kerana fizikal pasti
tidak teguh
tanpaMu ilahi

terus berdiri
mencari diri
melobi kasih
yang abadi

terus gah, di liku-liku ini
meski ditempias
cinta duniawi...

No comments: