Friday, February 5, 2010

puisi dua minit

di kamar jendela ini, ku lihat
mendung di luar, mungkin kah hujan nanti
kerana gerimis mengundang malas
di atap balkoni apartment ini

maaf,
kerana aku sering terlupa
mendoakan dirimu, seusai munajatku,
kerana cinta dunia,
mengejar diri,
meluangkan pada pencipta
seketika hanya

mungkin juga munajatku
cuma ringkas
sekadar pelengkap waktu

atau benarlah kata
lumrah manusia,
tiada syukur andai wujud
tapi merintih bila pergi

ketika itu hanya tuhan
tempat mengabdi
bagai abid benci dunia

namun

manusia selalu alpa
tatkala hajat mustajab
hilang tuhan, hilang rakan
capai maksud, mimpi nyata
hilang akidah, hilang pedoman

dia berjalan
rupa insan
berjiwa setan

No comments: