Tuesday, February 23, 2010

Satu Malaysia, DIA yang satu

satu ungkapan
satu harapan
satu wawasan
satu impian

satu wajah
satu pasrah
satu usrah

satu nama
satu cinta
satu rasa

bergema di hujung benua
berusaha untuk berjaya
menggapai cita
mencipta bahagia

meski kita

beza nusa
beza cinta
beza rasa

banyak ragam
banyak resam
banyak asam

lain jalan
lain sampan
lain ingat
lain matlamat
lain semangat

mustahil
atau
barangkali

satu dalam beza
satu dalam banyak
satu dalam lain

kerana
tiada yang mustahil
tiada yang barangkali

kalau kita
mengenali Dia yang satu

di balkoni ini

di balkoni ini
di apartment ini
bersama wireless low signal
memetik jari
menghitung hari
cuba mencari
cuba menjadi
sambil menyaksi

menebus waktu
ketika dulu-dulu
sayu, hiba dan pilu

mungkinkah esok
terus larut
dalam takut
kota hiruk-pikuk

atau terang
disimbah cahaya bulan
dalam malam
masih temu jalan
menuju hari depan

Sunday, February 7, 2010

TKI


Kuliah hari itu, tidak begitu riang, tidak seperti selalunya. Mesti ada kecindan cerita agar pelajar tidak tersengguk-sengguk, walaupun direka. Itulah method yang diguna, pendekatan nya yang bersahaja tetapi padat dan kena, sesekali diselang dengan lelucon entah dari mana dia mendapat idea. tetapi tidak pula pada hari ini. Penjelasannya tentang sesuatu topik tidak dikupas dengan detail, sekadar menyentuh beberapa topik secara ringkas di dalam silibus. Tidak pula ambil kisah sama ada pelajarnya faham atau tidak. Pada dia cukup untuk 'membunuh waktu' agar tidak dicop masuk lewat tapi keluar awal.

......bersambung.....

Saturday, February 6, 2010

menanti dan menunggu

kerana menanti
hati menjadi cemas
waktu bergerak malas
berjalan tidak pantas

kerana menunggu
hati menjadi biru
yang tiba bukan ditunggu
persis hanya pengganggu

di kafe itu

di kafe itu
mereka bertandang
dinihari juga petang
singgah sebentar tika pulang
terus lepak kalau berteman
sesekali sampai larut malam
bercerita, berdiskusi, bercanda
tentang lewat semalam
yang tidak kehabisan
kadang-kadang, berulang-ulang
tentang kehidupan

menjadi

usah dicari
alasan diri
kenapa begitu
tidak begini

kerana
Dia lebih pasti
mengetahui
membuat jadi
dari tidak jadi

dalang

aku dengar
dia bercerita
tentang mereka membela

malah
aku dipanggil
menjadi saksi
kepada yang dusta

agar
mereka percaya

tapi
sebenarnya aku sendiri keliru
kenapa aku dipanggil
kenapa tidak dia

pantas kah aku menjadi saksi
sedangkan mereka
selalu tertawa
kalau aku
adalah orangnya

aku jadi bingung
kerana yang mangajak
ku lihat
adalah mereka
yang keras kepala
angkuh dengan ceritanya

dan aku jadi gila
kerana
mereka yang mendengar
mencipta reka
cerita baru
lebih anjal
lebih jitu
supaya mereka berkelahi

aduhhh aku pening..
siapakah dalangnya...

dulu dan kini

dulu
telah kukutip kerikil-kerikil keras
ku bina menara
tinggi
untuk mengintai kasih
di seberang

tiba-tiba
ombak tsunami
datang
tanpa gempa
tiada petanda
runtuh,hancur

namun

kini
aku masih tidak serik
ku bina lagi
menara ini
dari material ruhhi
kerana fizikal pasti
tidak teguh
tanpaMu ilahi

terus berdiri
mencari diri
melobi kasih
yang abadi

terus gah, di liku-liku ini
meski ditempias
cinta duniawi...

siapa yang menemani

dia takut
kalau kecewa lagi
walau perit
memendam rasa

tapi
sampai bila
menahan telinga
menelan bicara

sedangkan
mereka terus berkata
tanpa usul periksa

dia gagahi jua
kerana dia tahu
dia tidak sendiri
ada Dia yang menemani

Friday, February 5, 2010

puisi dua minit

di kamar jendela ini, ku lihat
mendung di luar, mungkin kah hujan nanti
kerana gerimis mengundang malas
di atap balkoni apartment ini

maaf,
kerana aku sering terlupa
mendoakan dirimu, seusai munajatku,
kerana cinta dunia,
mengejar diri,
meluangkan pada pencipta
seketika hanya

mungkin juga munajatku
cuma ringkas
sekadar pelengkap waktu

atau benarlah kata
lumrah manusia,
tiada syukur andai wujud
tapi merintih bila pergi

ketika itu hanya tuhan
tempat mengabdi
bagai abid benci dunia

namun

manusia selalu alpa
tatkala hajat mustajab
hilang tuhan, hilang rakan
capai maksud, mimpi nyata
hilang akidah, hilang pedoman

dia berjalan
rupa insan
berjiwa setan

...to let you go

i held you close to me,
tried to surround you and protect you,
with my concern and care
to keep you safe, from all harm,
but it was not, what you needed

I wanted to keep you for...you, yourself not for me,
encircled and sheltered,
instead of allowing you to grow and flourish,
spread your wings, explore your potential

I now realize, I cannot contain you,
and that your happiness,
is best discovered without me

to let you go....knowing I must,
set you free,
this is the hardest task,
I have ever done

fly away, fly free, fly high
go from my sight, quickly
and do not look back
for if you do, you will see,
a smile covering, the broken heart

the tears of loss are,
slowly replaced with , tears of joy ...I hope
knowing your happiness , will soon follow
may your wings, take you to magical places,
and all your dreams be fulfilled

be happy in all you do ,
and may you find the correct path
and what you dream
that is what, I have always wanted from you.....

uncle joe
Desaru 2008